Turunkan 2kg Berat Badan dalam Seminggu Tanpa Sebarang Senaman

Adakah anda percaya yang anda boleh turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 2 kg dalam masa satu minggu. Dan sekiranya anda betul-betul mengamalkannya, anda boleh dapat keputusan lebih daripada itu. Teknik ini bukanlah satu perkara yang asing di negara luar. Sudah ramai yang mengamalkan teknik ini dan ia terbukti berkesan.

Seperti yang katakan ia bukanlah satu perkara yang asing. Jika dahulu, anda mungkin tahu pakar pemakanan kini banyak menekankan aspek kalori defisit di mana kalori yang anda ambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang terbakar. Kali ini sistem ini kurang diguna pakai terutama oleh atlet-atlet bina badan yang mengutamakan kecantikan tubuh dan menitik beratkan soal pemakanan.

Kaedah ini digelar diet rendah karbohidrat

Konsepnya mudah sahaja, anda hanya perlu singkirkan segala sumber karbohidrat dalam diet anda kepada serendah yang mungkin. Jika dalam diet harian kita memerlukan nasi, kini anda perlu menolak nasi dan digantikan dengan sumber makanan yang lain. Sumber yang terbaik ialah sumber protein, seperti dada ayam, putih telur, dan sebagainya. Anda juga seboleh-boleh mengelakkan sumber fruktos iaitu buah-buahan yang kaya dengan fruktos kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak. Suka minum air-air yang manis? Kini sekiranya anda ingin mengurangkan kandungan karbohidrat atau gula dalam badan anda, anda perlu kurangkan minum air manis dan gantikannya dengan air kurang gula. Jangan risau kerana banyak produk minuman rendah gula 0 kalori berada di pasaran. Cuma anda sedikit bermasalah sekiranya anda makan di kedai-kedai mamak. Jika anda sering order teh ais, kini anda perlu order teh o ais untuk mengurangkan kadar gula tersebut.

Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Anda merasakan diet ini sangat menyusahkan? Jangan risau, anda masih boleh memakan segala bentuk makanan yang anda mahukan pada hari tertentu yang dinamakan ‘cheat day’.

Apa itu ‘cheat day’?

‘Cheat day’ ialah hari dimana anda dibenarkan memakan apa saja bentuk makanan yang anda inginkan tetapi ia hanya dibenarkan seminggu sekali sahaja selepas anda mengamalkan diet yang ‘kurang seronok’ tetapi efektif. Hari tersebut membantu anda konsisten dalam meneruskan diet anda selama seminggu. Anda boleh menetapkan mana-mana hari dalam seminggu untuk dijadikan ‘cheat day’ dan selalunya hari sabtu atau ahad merupakan hari terbaik untuk anda makan sesuka hati tanpa sedikit rasa risau.

Berat anda bertambah dengan mendadak pada hari ‘cheat day’? Jangan risau kerana ia hanya kekal selama 24 hingga 48 jam sahaja. Kemudian, berat anda akan kembali kepada normal semula. Diet jenis ini merupakan diet yang berkesan yang pernah saya amalkan untuk mengurangkan berat badan 2 hingga 3 kg dalam masa seminggu. Sekiranya anda jenis yang obes, anda dapat kurangkan hingga 5 kg dalam masa seminggu sekiranya anda betul-betul ikut dengan diet yang diamalkan.

Tetapi sekiranya anda merasakan diet ini sukar, jangan terlalu mendesak. Anda boleh kurangkan secara perlahan-lahan sepanjang minggu. Mengambil saya sebagai contoh, saya hanya menukarkan nasi sahaja kepada bentuk makanan yang lain tetapi masih makan seperti biasa dan kemudian saya tukarkan sumber-sumber karbohidrat sedikit demi sedikit.

Masih tidak boleh juga? Mulakan ia dengan sarapan yang kaya dengan protein dahulu. Sekiranya anda sudah biasa, anda boleh tukarkan diet anda pada makan tengah hari, petang dan malam. Dan pada hari minggu, makanlah sebanyak mana yang anda inginkan tetapi cuba untuk lakukan sedikit latihan angkat berat sebelum anda memulakan aktiviti buas anda itu.

Konsep yang sama digunakan oleh pakar-pakar pemakanan. Anda pernah dengar ‘Atkins diet’ atau ‘Dukan diet’? Konsepnya masih sama iaitu mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat dengan sedikit perubahan dari bentuk pemakanan yang tinggi protein.

Hasilnya? Menakjubkan! Cubalah untuk mengetahui hasilnya. Apa pendapat anda tentang bentuk diet jenis ini? Anda boleh ajukan di bahagian komen di bawah.

Baca seterusnya: Optimumkan Pembuangan Lemak dengan Kitaran Karbohidrat

P/s: Teknik rendah karbohidrat yang saya sarankan ini tidaklah setepat itu. Sekiranya anda ingin menggunakan teknik rendah karbohidrat dengan selamat dan berkesan dapatkan Panduan Teknik Efektif Diet.