Tips Dalam Menangani Perubahan Deria Rasa

” Setelah melakukan scan, kami mendapati puan sekarang menghidapi kanser kolon” kata salah seorang doktor kepadanya.

Puan Mariam (bukan nama sebenar) sebelum ini sering mengalami kembung perut, sembelit, dan kadang-kadang mengalami muntah-muntah. Disebabkan itu selera makannya semakin berkurangan dan dari sehari ke sehari berat badannya menurun.

Setelah didiagnos menghidapi kanser kolon, beliau perlu menjalani pembedahan dan prosedur kemoterapi dilakukan untuk memastikan tiada lagi sel-sel kanser di saluran usus besar beliau.

Prosedur kemoterapi mempunyai risikonya yang tersendiri, pesakit akan mudah mengalami jangkitan kuman kerana sistem imun dalam badan yang menjadi lemah.

Selain itu, pesakit juga akan mengalami perubahan deria rasa selepas menjalani prosedur kemoterapi. Dan perubahan deria rasa inilah menyebabkan keadaan pesakit menjadi bertambah teruk sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya. Nutrisi yang diperlukan oleh badan berkurangan sekaligus menyebabkan pengurangan berat badan.

Sebab lain berlakunya perubahan deria rasa.

Rawatan kanser, masalah gigi, atau penyakit kanser itu sendiri boleh menyebabkan perubahan deria rasa. Walaupun tiada jalan untuk mengelakkan ini dari berlaku, namun keadaan ini akan semakin pulih selepas rawatan berakhir.

Tips Mengawal Perubahan Deria Rasa

  • Pilih makanan yang menarik dan mempunyai bau yang menaikkan selera anda. Elakkan makanan yang tidak menarik perhatian. Sebagai contoh, jika daging lembu mempunyai rasa yang pelik dan bau yang tidak selesa maka pilihlah daging ayam atau ikan.
  • Rendam makanan anda.

Anda boleh meningkatkan rasa daging, ayam, atau ikan dengan merendam di dalam larutan cecair tertentu atau cuba menggunakan jus buah atau salad dressing. Sementara merendamkan ia, simpan di dalam peti sejuk sebelum di masak.

  • Membuat makanan manis. Jika makanan tersebut mempunyai rasa pahit, masin atau sedikit masam, menambahkan gula atau pemanis mungkin dapat membantu.
  • Menambah perisa di dalam makanan. Sebagai contoh, anda mungkin ingin meletakkan herba seperti bunga lawang, kayu manis, oregano atau sos tiram di dalam masakan.
  • Elakkan makanan atau minuman yang menganggu deria bau anda.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengurangkan bau kurang menyenangkan:

  1. Hidang makanan pada suhu bilik.
  2. Pastikan makanan bertutup.
  3. Gunakan cawan yang mempunyai penutup.
  4. Minum menggunakan straw.
  5. Gunakan dapur kipas semasa memasak.
  6. Masak di luar bilik.
  7. Jauhkan penutup makanan dari anda.
  8. Makan menggunakan sudu atau garpu plastik jika mempunyai rasa logam di dalam mulut anda.

Tips lain

  • Berjumpa dengan ahli dietetik di tempat anda. Mereka dapat memberikan idea bagaimana mengurus perubahan deria rasa.
  • Pastikan mulut anda bersih. Memberus gigi dan flos dapat membantu anda merasa makanan dengan baik.
  • Gunakan pembasuh mulut spesifik. Bercakap dengan doktor atau doktor gigi anda mengenai produk pembersih mulut atau cara-cara penjagaan mulut yang baik.
  • Berjumpa dengan doktor gigi. Mereka akan memastikan bahawa perubahan deria rasa ini tidak kena mengena dengan masalah gigi.
  • Jumpa doktor atau jururawat. Bercakap dengan mereka mengenai perubahan deria rasa yang dialami sehingga boleh menganggu pengambilan makanan.