Tingkatkan Daya Ingatan Anda Untuk Percepatkan Masa

Satu jurnal kajian psikologi Acta Psychologica mengatakan apabila anda meningkatkan daya ingatan, persepsi terhadap masa akan berubah dan ia dirasakan seperti begitu cepat berlalu. Daya ingatan mengawal kebolehan kita untuk memberi perhatian, merancang, dan mengingat sesuatu perkara. Ia juga satu skil yang boleh ditingkatkan.

Kajian tersebut menunjukkan apabila seseorang menggunakan daya ingatan terhada satu-satu kerja mereka akan tidak sedar dengan masa kerana sedang fokus terhadap kerja yang dilakukan. Da mereka yang mempunyai daya ingatan yang kurang lebih mudah hilang fokus dalam melakukan satu kerja. Ini menyebabkan persepsi mereka terhadap masa menjadi lebih perlahan.

Tidaklah susah untuk membina daya ingatan anda. Sedikit ujian mengingati senarai pendek atau nombor akan mampu meningkatkan memori dan juga kadar konsentrasi anda. Anda meningkatkan memori anda bukan hanya untuk ingat di mana anda terletak kunci rumah anda tetapi meningkatkan kebolehan untuk memberi sepenuh konsentrasi terhadap apa yang ingin anda lakukan dan menjadikan masa berlalu dengan lebih cepat.