Kelebihan Tidur Sebentar di Siang Hari

Tidur pada waktu tengahari yang dikenali sebagai qailulah, seringkali dilakukan oleh Nabi s.a.w.

Tidur sekejap di waktu tengahari (qailulah) bukanlah suatu perbuatan yang keji.kerana Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.

“Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.

Fasa ini disebutkan sebagai a midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ialah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony,pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J.Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness: Chronobiological,Behavioural and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit di waktu tengahari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30% lebihrendah berbanding mereka yang lain.