Teknik Efektif Senaman Dada dan Triceps

Senaman ini melibatkan otot dada iaitu pectoralis muscle.

Push-up

Wide Pushup

Pushup jenis ini lebih fokus kepada bahagian luar dada. Selain itu senaman ini juga memberi fokus kepada triceps. Otot di bahagian belakang lengan anda.

1. Pastikan anda berada di dalam posisi meniarap. Kemudian anda meletakkan kedua-dua telapak tangan di atas lantai. Jarak antara tapak tangan anda mesti lebih luas dari jarak bahu anda. Pastikan badan anda lurus dan tidak bengkok.

2. Turunkan badan anda perlahan-lahan menghampiri lantai. Pastikan anda tidak menyentuh lantai. Jika anda merasakan sangat susah untuk menurunkan badan, letakkan lutut di atas lantai dan rendahkan badan.

3. Tegakkan semula tangan anda dan ulangi dengan reps dan sets yang dicadangkan.

Normal Pushup

Senaman ini memberikan fokus di bahagian tengah dada. Sama seperti di atas cuma pastikan jarak tangan anda sama dengan jarak bahu.

Closed Grip Pushup

Senaman ini lebih memberi fokus di bahagian dalam dada dan juga kepada triceps. Sama juga seperti di atas bezanya, jarak tangan anda lebih dekat dari jarak bahu.

tricep_dips_188uo9u-188uoa3

Dips

Senaman ini lebih melibatkan bahagian triceps.

1. Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas kerusi dalam keadaan tangan tersebut dibelakang anda. Pastikan postur badan anda menegak dan punggung anda berada di hadapan kerusi tersebut.

2. Turunkan secara perlahan sehingga bahagian atas lengan anda selari dengan lantai. Atau Lengan 90 darjah dengan tangan.

3. Tegakkan semula tangan anda dan ulangi semula dengan reps dan  sets yang disarankan.