Senaman Bahu (Deltoid)

Senaman ini akan memberikan fokus kepada otot deltoid iaitu otot bahu.

Dumbbell-shoulder-press-1

Shoulder Presss

1. Anda boleh duduk mahupun berdiri tetapi pastikan badan anda adalah tegak. Angkat dumbbell sama paras dengan bahagian sisi bahu.

2. Tolak dumbbell ke atas. Tangan anda akan berada dalam keadaan tegak ke atas.

3. Kembali semua ke posisi asal dan lakukan senaman ini dengan reps dan set yang disarankan.

 

 

 

Dumbbell-lateral-raises-1

Lateral Raise

1. Lateral raise boleh dilakukan sama ada duduk atau pun berdiri tetapi pastikan badan anda dalam posisi tegak. Dumbbell berada dalam keadaan di mana tapak tangan menghadap dalam sisi.

2. Angkat dumbbell ke sisi sama paras dengan bahu dalam keadaan lengan yang tegak dan tidak bengkok. Anda boleh bengkokkan sedikit lengan jika anda tidak mampu mengangkat dengan sempurna beban yang diberikan.

3. Kembali ke posisi asal dan lakukan senaman ini dengan reps dan set yang disarankan.

Dumbbell-front-raises-2-1-30percent

Front Raise

1. Sama seperti lateral raise bezanya cuma anda mengangkat dumbbell ke hadapan bahu anda bukannya di sisi.

2. Lakukan senaman ini dengan reps dan set yang disarankan.

800px-Lying-rear-lateral-raise-2 800px-Lying-rear-lateral-raise-1 Rear Raise

1. Senaman ini sama seperti lateral raise tetapi anda perlu membongkokkan badan anda ke hadapan.

2. Ulangi senaman ini dengan reps dan set yang disarankan.