Sejarah Aloe Vera (Lidah Buaya)

Dikenali sebagai ‘Tongkat Sakti Syurga’ oleh orang asli Amerika dan dipanggil “Doktor Dalam Pasu” oleh penjelajah agung Christopher Columbus, aloe vera ataupun lidah buaya sememangnya bukanlah satu pokok yang biasa.

Tulisan-tulisan yang merekodkan keberkesanan lidah buaya untuk pelbagai kegunaan kesihatan dan bagi rawatan tradisional telah diperturunkan dari seawal 4000 tahun dahulu, seperti yang dijumpai pada Ebers Papyrus, iaitu tulisan mesir kuno dari tahun 16500an Sebelum Masihi

Dalam manuskrip perubatannya, Pedianos Dioscorides seorang pakar perubatan terkemuka yang hidup lebih kurang 2000 tahun dahulu juga  telah menerangkan dengan terperincinya kegunaan lidah buaya untuk pelbagai rawatan tradisional dalaman dan luaran.

Mengikut lagenda, Iskandar Zulkarnain telah menakluki pulau Madagascar atas gesaan penasihatnya iaitu ahli falsafah terkenal aristotle semata-mata untuk memperolehi bekalan lidah buaya yang mencukupo bagi kegunaan tenteranya, iaitu untuk disapu pada luka askar-askarnya. Ratu Cleopatra juga telah dikatakan menganggap kecantikannya disebabkan oleh lidah buaya yang sering digunakannya.

Berdasarkan fakta-fakta dan lagenda-lagenda diatas serta pelbagai dokumen sejarah dari merata-rata tempat di seluruh dunia, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lidah buaya adalah salah satu daripada tumbuh-tumbuhan yang paling banyak dilakukan dalam rawatan purba.

Dalam dunia moden hari ini, mungkinnya kegunaan lidah buaya yang paling dikenali ramai ialaah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka.

Akan tetapi ramai para penyelidik percaya bahawa lidah buaya boleh membawa lebih banyak lagi manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka. Bukti-bukti beranekdot yang dikumpulkan daripada surat-surat perakukan oleh pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan lidah buaya dan eksperimen-eksperimen makmal mencadangkan bahawa lidah buaya mungkin boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit sehingga ke  masalah dalaman yang berkati dengan ususu dan sistem imun.

Sejak penemuan semula lidah buaya pada awal 1900an pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh para saintis di seluruh dunia ke atas lidah buaya. Walaupun tidak terdapat sebarang unsur spesifik lidah buaya yang telah dikenal pastikan boleh merawat apa-apa penyakit tertentu namun secara umumnya penyelidik percaya bahawa ia adalah tindakan bersinergi beratu-ratusan sebatian dalam lidah buaya yang menghasilkan kesan-kesan positif yang telah dialami oleh pengguna-pengguna lidah buaya.

Analisa makmal gel aloe vera menunjukkan ia mengandungi lebih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral  4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asidi salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi inilah yang dipercayai memberikan aloe vera sifat-sifat anti keradangan pemulihan luka, dan perangsang imunnya, yang pula menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan ktia untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.