Road to AGM:Exco Pembangunan Ahli

Assalamualaikum w.b.t. Salam PSIPUM Untuk Semua & salam ukhuwah buat ahli ahli PSIPUM yang saya kasihi semua.

Exco Pembangunan Ahli PSIPUM sesi 2008/2009 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli PSIPUM yang bersama sama menjayakan segala program yang telah kami rangka secara langsung ataupun tidak langsung,tujuan kami hanya satu,tidak lain tidak bukan semata mata untuk mengeratkan lagi hubungan mesra antara ahli PSIPUM.

Kalau lah satu ketul bata sebagai satu unit yang sangat penting dalam binaan bangunan,begitulah diibaratkan seorang ahli PSIPUM dalam organisasi ini,sangat bernilai maknanya! Biarpun hanya satu unit kecil,namun secara teorinya memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangun PSIPUM yang kita sayangi ini.Maka di atas kesedaran betapa berharganya unit unit kecil ini,EXCO PEMBANGUNAN AHLI PSIPUM merangka program yang kami rasakan mampu menghidupkan roh dan semangat PSIPUM diatas dasar persaudaraan Islamiah,saling menyayangi,tolong menolong,bekerjasama yang akhirnya mampu melahirkan sebuah organisasi yang mantap dan utuh.

Walaubagaimanapun ,saya akui masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang termasuk penglibatan secara aktif ahli PSIPUM dalam aktiviti yang dijalankan,merangka program baru yang dirasakan sesuai termasuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan PSIPUM setanding EPISMA .

Di kesempatan ini,saya dan barisan pimpinan Exco Pembangunan Ahli PSIPUM sesi 2008/09 memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan sepanjang tempoh kami memegang tanggungjawab ini dan tidak lupa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada ahli ahli EXCO dan semua ahli PSIPUM yang telah memberikan kerjasama serta komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program yang dirangka.

Kepada barisan pimpinan akan datang,saya amat berharap dapat memperbaiki kelemahan yang ada serta mampu memberi idea idea baru yang akhirnya dapat menjadikan PSIPUM sebagai salah sebuah persatuan yang disegani bukan sahaja di Universit Malaya bahkan di Malaysia,namun apa yang saya ingin tekankan disini ialah hargai dan mantapkanlah unit unit kecil ini,semaikan semangat sayang menyayang dan hormat menghormati sesama ahli.

EXCO PEMBANGUNAN AHLI

Khairul Anuar dan Juliana Nadia