Road to AGM: Exco Perhubungan Luar

Assalamualaikum. Salam PSIPUM Untuk Semua
Objektif exco ini adalah memperkenalkan PSIPUM di dalam dan luar UM.

PERANCANGAN

Antara perancangan yang dicanang ialah mewujudkan website PSIPUM, dengan ini dapat mempromosikan PSIPUM bukan sekadar di dalam UM, tetapi juga luar UM serta menjalankan hubungan rapat dengan PPIM(Persatuan Perubatan Islam Malaysia).

PELAKSANAAN

Kami diperingkat exco sedaya upaya mewujudkan website yang pro-aktif untuk ahli-ahli PSIPUM bersuara, tetapi masih terdapat kelemahan antaranya kurangnya penulis artikel dan juga pelawat. Hubungan PSIPUM dengan PPIM amat baik. saya sendiri telah dilantik sebagai exco di dalam PPIM. Banyak aktiviti yang mereka jalankan, mereka juga menjemput ahli-ahli PSIPUM tetapi kita masih lagi belum terbuka hati menyertai aktiviti-aktiviti mereka kerana masalah kewangan. Setakat ini saya telah menghadiri meeting PPIM di HUKUM, UM dan juga CUCUMS cyberjaya.

HARAPAN

PSIPUM harus lebih dikenali. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Mungkin kurang generasi pelapis kerana salah kita tidak memperkenalkan PSIPUM secara aggresif. Ruang yang ada hendaklah kita gunakan sebaik mungkin. Setiap hari membaca doa di dalam lecture hallĀ  ikhlas kerana Allah, sebagai balasan berkat ilmu yang dipelajari, menjadi hebat ahli-ahli PSIPUM. Setiap Jumaat membaca tazkirah di lecture hall, supaya ahli PSIPUM amal makruf nahi mungkar, Insya-Allah terbuka hati ahli PSIPUM menjalankan kerja-kerja kebajikan PSIPUM. Melayari website PSIPUM, agar kita peka isu dalam persatuan kita. Agar jatuh cinta generasi pelapis kepada PSIPUM apabila kita mengunakan ruang ini.

CADANGAN

Memandangkan Facebook dilawati 100 000 million orang setiap hari, tubuhkan la PSIPUM group di facebook, agak jatuh cinta terhadap PSIPUM.
Selamat maju jaya untuk pimpinan yang akan dilantik seterusnya.
EXCO PERHUBUNGAN LUAR

Fahazrinizam dan Aisyah Amirah