Resepi Sihat Hari Raya: Lontong dan Nasi Himpit

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini kita akan mempelajari resepi sihat iaitu lontong dan nasi himpit.

BAHAN-BAHAN

a)Untuk nasi

  • 260g (2 paket) beras ketupat nasi
  • 2 liter (10 cawan air)
  • 1 helai daun pandan
b)Kuah lontong
  • 400 ml (2 cawan) santan cair, diperah daripada 1/4 biji kelapa
  • 400 ml (2 cawan) susu rendah lemak atau susu tanpa lemak
  • 10 g kunyit basah dikisar
  • 40 g (4 ulas) bawang merah dihiris
  • 70 (2 batang ) serai, diketuk
  • 75 g (5 biji) cili merah dihiris nipis
  • 115 g (5 batang) kacang panjang, dihiris serong
  • 200 g (1 biji saiz kecil) lobak merah , dihiris memanjang
  • 100 g (1/4 biji saiz kecil) kobis dipotong besar
  • 150 g sengkuang, dipotong halus
  • 200 g (2 keping) tauhu dipotong lapan
  • 50 g (2 paket kecil) suun
  • 30 g tauhu kering
  • 29 g ( 2 sudu makan) minyak sayuran
  • 1 helai daun kunyit
c) Sambal kacang
  • 10 g (10 biji) cili kering, dikisarkan bersama 125 ml( 1/2 cawan) air
  • 30 g (3 ulas) bawang merah, dikisarkan bersama 125 ml( 1/2 cawan) air
  • 5 g(1 ulas) bawang putih
  • 75 g kacang tanah dibakar dan dikisar
  • 30 g (3 sudu makan) gula merah
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayurang
  • 400 ml ( 2 cawan) air
  • 25 g ( 1 sudu makan) asam jawa, ambil airnya
  • 2 sm lengukas, diketuk
  • 1 batang serai, diketuk
Cara memasak nasi impit
Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan paket beras. Pastikan paket bersan sentiasa terendam. Tambah air jika perlu. Biarkan ia masak dalam air selama 1 1/2 hingga 2 jam. Toskan.
Cara membuat kuah lontong
  1. Tumiskan bawang merah, kunyit dan cili merah sehingga harum.
  2. Campurkan semua ramuan kecuali santan dan susu. Kacau sehingga rata. Biarkan ia mendidih.
  3. Perlahankan api. Masukkan santan cair dan susu. Kacau dan tutupkan api.
Nota: Susu perlu dimasukkan selepas semua ramuan masak kerana ia akan berketul sekiranya masukkan pada awal lagi.
Cara memasak sambal kacang.
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang terlah dikisar sehingga kuning atau harum. Kacau sehingga sebati.
  2. Basukkan kacang tanah, gula merah, garam dah air. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan air asam jawa, lengukas dan serai.
  4. Biarkan masak sehingga pecah minyak.
Hidangkan nasi himpit dengan kuah longtong dan sambal kacang.
Separuh dari kuah lontong menggunakan susu rendah lemak. Santan yang digunakan hanya sedikit sahaja iaitu perahan daripada 1/4 biji kelapa.
Resepi ini rendah lemak dan kolestrol. Tinggi karbohidrat kompleks, serat dan kalsium.
Kandungan nutrien setiap satu hidangan
Kalori   : 648 kcal
Lemak  : 29 g
Protein : 18 g
Kolesterol : 0 mg
Kalsium : 297 mg
Zat Besi: 4.9 mg
Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami. 🙂