Rawatan Akupuntur Efektif Untuk Migrain

Rawatan akupuntur membantu mengurangkan hari individu mendapat migrain dan juga mungkin mempunyai kesan positif yang berpanjangan berdasarkan satu kajian yang disiarkan di Canadian Medical Association Journal.

Di dalam kajian tersebut, hampir 500 orang dewasa dirawat sama ada menggunakan Akupuntur Tradisional Cina atau Rawatan Akupuntur Sham di mana jarum akupuntur dicucuk pada titik yang tidak spesifik. Rawatan akupuntur sebelum ini digunakan untuk mengkaji kesannya terhadap migrain. Peserta tidak tahu jenis rawatan manakah yang diterima oleh mereka dalam masa 4 minggu kajian terhadap mereka.

Setelah kajian tersebut tamat, kesemua peserta termasuk dengan kumpulan rawatan akupuntur sham mendapati sakit kepala migrain yang mereka alami semakin berkurang harinya. Sebelum kajian tersebut, kebanyakan daripada mereka mengalami migrain setiap bulan, dan secara purata 6 hari dalam masa satu bulan. Hasil daripada rawatan akupuntur tersebut, mereka melaporkan mengalami migrain secara purata 3 hari sebulan.

Susulan selepas kajian akupunktur tersebut, kesemua peserta juga melaporkan terdapat peningkatan secara positif dari segi kekerapan dan intensiti migrain tersebut.

Walaubagaimanapun, kesan berpanjangan lebih memihak kepada mereka yang menerima rawatan akupuntur tradisional berbanding rawatan akupuntur sham. 3 bulan selepas rawatan, kumpulan yang menerima rawatan akupuntur cina tradisional mendapati hari migrain semakin berkurang termasuk juga dari segi kekerapan dan juga intensiti. Kumpulan yang menerima rawatan sham pula tidak melaporkan peningkatan selepas 3 bulan.

Walaupun kajian tersebut memberikan perbezaan kebaikan yang sedikit antara akupuntur sebenar dan juga akupuntur sham, Claudia Witt, MD, penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Charite di Berlin, mengatakan kajian-kajian sebelum ini menunjukkan individu yang memberi respon terbaik terhadap rawatan ini adalah individu yang tidak berjaya mendapatkan rawatan selain akupunktur dan juga individu yang pernah mendapat pengalaman yang positif terhadap rawatan akupunktur.

Albrecht Molsberger, MD, pakar perubatan akupunktur, adalah menulis di dalam kajian beliau di mana, walaupun ia adalah rawatan akupunktur sham di mana titik jarum  secara tidak spesifik, ia tetap memberikan kesan positif dalam mengurangkan migrain dan juga mengurangkan kesakitan.

Kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap 300  peserta menunjukkan rawatan akupunktur adalah lebih efektif berbanding tanpa rawatan akupunktur dalam merawat sakit migrain. Kajian lain yang dilakukan terhadap 800 orang peserta menunjukkan 11 sesi rawatan akupunktur selama 6 minggu adalah sekurang-kurangnya sama efektif dengan pemberian ubat darah tinggi (beta-blocker drugs) yang sering digunakan untuk mencegah migrain di mana ia diambil setiap hari selama 6 bulan.

Beliau menyatakan, rawatan akupunktur boleh dijadikan pilihan sebagai rawatan utama untuk merawat migrain sebagai rawatan yang tidak melibatkan ubat.

Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan hasil kajian ini. Kerana ia mungkin disebabkan kesan placebo, di mana kesan positif datangnya daripada minda mereka. Bukannya dari rawatan tersebut.

Tidak salah untuk mencuba sekiranya ia memberi kesan positif kepada anda.