PSIPUM Sudah Tidak Ada Pelapis?

“Budak budak first tahun ni, cam tak minat je nak join PSIPUM.” Kata seorang pelajar(nama, jurusan, dan tahun dirahsiakan) yang amat risau akan status PSIPUM yang seperti agak tidak dipeduli sekarang ini.

Lainnya Fakulti Perubatan berbanding fakulti lain ialah semangat kebersamaan yang ada di kalangan mahasiswanya. Semuanya akan bekerjasama membantu antara satu sama lain. Sebab itulah diwujudkan sistem “buddy” oleh senior senior terdahulu.

Namun, suasana seperti kian berubah. “Korang boleh la…. Korang dok satu kolej dulu. Kitorang dok bersepah, ada yang kolej 1, 2. Korang dulu semua dok Kolej 6.” Pelajar tersebut menambah memberikan alas an kenapa situasi ini berlaku.

Tidak dinafikan, hidup berlainan kolej, memang agak sukar untuk bergerak. Namun, sedarkah kita, bahawa sesi kepimpinan Ahmad Hazwan di mana nama PSIPUM mula dinaikkan adalah terdiri daripada mereka yang duduk berlainan kolej? Bahkan, ada yang tinggal di luar kampus. Jadi, adakah alasan itu bisa diterima lagi?

“Tak mengapalah. Bergiat aktif dalam PSIPUM sudah semestinya tidak mempunyai apa apa untung. Jika aktif di kolej, dapat tinggal free di kolej, dapat anugerah daripada pihak kolej. Berbanding dengan aktif dalam persatuan, apa yang kita dapat? Dapat letih. Pening kepala memikirkan masalah orang lain. Lebih baik aku jaga diri sendiri sahaja.”

Terpulanglah kepada sesiapa yang ingin menilainya. PSIPUM memang tidak ada saham di dunia ini. Nak buat jamuan, perlu kutip duit sesama sendiri, nak buat EPISMA, perlu dahulukan duit sendiri sebelum lulus di HEP, ditambah pula dengan beban biro akademik yang kadang kadang terpaksa menaip soalan past year untuk kawan kawan yang lain, hatta mereka sendiri butuh masa untuk study. Namun, inilah PSIPUM. Dan, bagi golongan yang aktif dalam PSIPUM, kami tidak menyesal memilihnya. Kerana, bukan habuan dunia yang dicari, tetapi HABUAN DI SANA.

Andai tidak ada golongan yang ada tidak mahu meneruskan perjuangan yang mulia ini, usah risau. Allah SWT akan menggantikan mereka dengan golongan yang lebih hebat dan yang benar benar ikhlas ingin membantu agamaNya.