Panduan Lengkap Diet Rendah Karbohidrat: Atkins Diet

Hari ini saya akan menceritakan tentang atkins diet merupakan satu diet yang sangat popular dikalangan orang malaysia.

Ia adalah popular sebab ia popular di us dan sampai ke malaysia ramai orang menceritakan tentang atkins diet.

Banyak customer-customer dan rakan-rakan bertanya tentang atkins diet.

Konsep Atkins Diet

Apakah atkins diet? Atkins diet adalah merupakan satu program diet yang secara konsepnya adalah melibatkan diet yang rendah karbohidrat.

Secara semulajadinya, kita tenaga yang kita gunakan semuanya adalah daripada karbohidrat. Setiap kerja yang dilakukan adalah daripada karbohidrat sebagai sumber tenaga utama.

Jadi apabila anda melakukan kerja, gula daripada karbohidrat yang akan berikan anda tenaga untuk kerja sebagai sumber utama.

Konsep atkins diet ataupun diet karbohidrat rendah ini biasanya adalah anda mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dan apa-apa jenis gula ringkas, gula kompleks.

Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat badan anda akan bertukar mencari sumber tenaga daripada lemak.

Biasanya kita menggunakan karbohidrat sebagai tenaga. Tetapi apabila kandungan karbohidrat kita sangat-sangat rendah badan akan menggunakan lemak sebagai tenaga dan disebabkan itulah mereka dapat menurunkan berat badan dengan banyak.

Dan kelebihan lain apabila melakukan Atkins diet adalah mereka tidak perlu bersenam untuk melakukan atkins diet.

Jika anda melakukan senaman di gym dan melakukan atkins, saya tidak galakkan. Anda tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk workout ketika berada di gym dan kandungan karbohidrat yang sangat rendah akan menyebabkan anda lebih terdedah kepada kecederaan.

Jika anda ingin mengamalkan  Atkins, bentuk senaman anda adalah terhad kepada senaman berat badan, dan juga cardio.

4 Fasa Atkins Diet

Jadi dengan atkins diet konsepnya adalah diet rendah karbohidrat dan ianya terbahagi kepada empat fasa.

  1. Fasa Pertama: Fasa Induksi
  2. Fasa Kedua: Fasa ‘Balancing’
  3. Fasa Ketiga: Fasa ‘Fine Tuning’
  4. Fasa Keempat: Fasa ‘Maintenance’

Fasa Induksi

Untuk ramai orang ini merupakan fasa pertama dan paling susah jika anda suka makan makanan yang manis atau anda jenis suka makan nasi. Banyak pantang larang pada fasa ini.

Dalam fasa ini akan bermula pembakaran lemak yang hardcore. Sebab apa? Maksimum gula yang anda ambil adalah 20g dalam sehari.

Dalam setiap makanan anda kena identify berapakah nilai gula tersebut. Secara asasnya, anda hanya mengambil sumber, serat seperti sayur-sayuran dan juga kacang.

Buah-buahan tidak dibenarkan dalam fasa ini. Selain daripada itu tidak ada.

Itu adalah fasa induction dimana anda boleh menurunkan 3 hingga 5 kilo dalam masa seminggu atau dua minggu disebabkan kandungan gula anda sangat rendah jadi tenaga yang digunakan dalam aktiviti seharian adalah daripada lemak.

Dalam fasa ini minimum adalah selama 2 minggu. Jika anda rasa banyak berat yang ingin dikurangkan atau anda dalam kategori obese, mungkin anda perlu melalui fasa induction ini dengan lebih lama.

Tips fasa induction

  1. Jangan melaparkan diri anda. Anda perlu makan 5 kali sehari. Iaitu 3 makanan utama dan 2 makanan snek. Jika anda membiarkan diri anda lapar anda akan makan apa sahaja yang ada dihadapan anda. Saya pasti anda tidak ingin bukan?
  2. Ambil banyak protein untuk setiap makanan anda. Jadi anda perlu ambil lebih protein supaya otot anda tidak mengalami nasib yang sama seperti lemak. Saya yakin anda juga tidak ingin hilang berat otot bukan? Hilang berat otot hanya akan melambatkan metabolisme badan anda.
  3. Apabila nilai gula yang anda ambil sangat rendah, bukan pengambilan protein sahaja perlu tinggi tetapi pengambilan lemak juga perlu lebih tinggi daripada biasa.
  4. Pastikan anda tidak sentiasa dahaga. Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  5. Untuk protein anda boleh ambil 3 hingga 4 ounce (85g) setiap hidangan sebanyak tiga hidangan.

Gambar di bawah adalah gambaran makanan apa yang anda boleh ambil untuk fasa induksi ini.

Screen Shot 2015-09-04 at 18.30.52

 

Soalan Yang Sering Ditanya

Adakah saya perlu mulakan Atkins diet dengan fasa 1?

Tidak. Anda boleh memulakan 3 fasa pertama atkins mengikut keperluan anda. Jika anda bukannya di dalam kategori obese tetapi masih ingin menurunkan 5-6kg lagi berat, anda boleh bermula dengan fasa dua atau pun fasa tiga. Bezanya, penurunan berat mungkin ambil masa yang lebih lama dengan fasa tiga berbanding fasa dua.

Perlu ke saya kira carbs bila saya follow betul-betul program atkins?

Tidak semestinya, tetapi jika anda memilih group makanan yang telah diberikan dan saiz hidangan yang sepatutnya biasanya anda sudah berada di landasan yang betul. Tetapi jika anda mengira nilai karbohidrat, kejayaan untuk anda turunkan berat lagi tinggi.

Bolehkah saya ambil protein dan lemak sebanyak mungkin jika saya buat Atkins?

Tidak. Makan protein dengan tinggi dan ambil lemak yang terlalu banyak hanya akan memberikan kalori yang betul-betul berlebihan dan melambatkan proses penurunan berat.

Klik link di bawah untuk sambungan Fasa kedua, ketiga dan keempat.

  1. Fasa Kedua
  2. Fasa Ketiga
  3. Fasa Keempat