Musik Mampu Tingkatkan Stamina

Mungkin perkara ini bukanlah kejutan bagi anda yang biasa mendengar musik ketika berjoging. Tetapi sebanyak mana dan kenapa?

Hasil tulisan Dr Coastas Karageoghis di dalam bukunya Inside Sport Psychology mengatakan stamina anda akan meningkat sebanyak 15% sekiranya anda merupakan pelari jenis yang tertentu.

Dr Coastas mengatakan terdapat dua jenis pelari iaitu asosiator dan disosiator. Asosiator merupakan pelari yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap larian mereka dan biasa terdapat pada atlet. Disosiator pula pelari yang memerlukan gangguan untuk meneruskan larian mereka dan kebanyakannya adalah pelari kebanyakan yang berlari sekadar untuk kesihatan dan keseronokan.

Musik adalah sesuai untuk golongan disosiator berbanding asosiator. Apabila kita mendengar musik segala kepenatan yang bermain diminda akan diganggu oleh musik dan mampu meningkatkan prestadi anda ketika bersenam. Sama ada berjoging atau melakukan workout.

Musik bagi golongan asosiator mungkin tidak memberikan kesan sebagaimana yang dilalui oleh golongan disosiator.

Adakah anda pernah mendengar musik ketika berlari dan adakah ia berkesan? Ia berkesan pada saya tetapi anda? Berikan maklum balas di bahagian komen di bawah.