Matahari di Sebalik Awan

*Nur Najua Binti Ahmad Zuki* Susahnya untuk melihat rupa matahari sejak kebelakangan ni. Pertukaran cuaca ke musim monsun hanya membolehkan manusia melihat pantulan cahaya matahari secara samar-samar. Tapi jasad matahari yang berbentuk sfera itu tak dapat dikesan dengan mata kasar yang lemah.

Mungkin inilah yang terjadi kepada ahli-ahli PSIPUM sekarang.

Aku suka untuk memberi respon kepada tulisan admin tentang ‘PSIPUM TIDAK ADA PELAPIS’.

Pandangan aku sendiri, PSIPUM sedang mengalami ‘transition period’.

Lebih kurang macam seorang wanita yang mengalami transition period daripada normal kepada menopause agaknya. Maka banyaklah premenstrual symptoms yang akan dia alami dalam lingkungan masa itu.

Aku melihat PSIPUM bukannya tidak ada pelapis tetapi kita tidak ada pelapis yang mahu menonjolkan diri. Mereka aku ibaratkan seperti api dan cahaya. Cahaya mereka adalah kesan daripada kerja-kerja yang mereka lakukan tak kiralah kerja belakang tabir atau kerja sebagai ‘front line’ dalam mana-mana projek. Dan diri mereka iaitu api itulah yang sedang bersembunyi. Ibarat api yang berselindung di celah-celah kayu arang BBQ. Api itu kalau dikipas akan menghasilkan nyalaan yang lebih besar.

Matahari di sebalik awan. Apa kaitannya?? Pada masa sekarang mata aku terlalu lemah untuk melihat di mana matahari sebenarnya. Cahayanya masih dalam kesamaran awan yang tebal di langit. Harapan aku semoga matahari ini dapat menonjolkan dirinya secepat mungkin kerana mata aku sudah semakin lemah mencari di mana matahari itu sebenarnya. Penekaan menggunakan pandangan mata yang lemah dan selalu menipu akan menghasilkan sesuatu yang tidak baik di masa hadapan.

Aku yakin matahari ada di situ.  Semoga matahari tidak lagi bersembunyi.

*Penulis merupakan  Setiausaha Agung PSIPUM sesi 2009/10 dan Pengarah EPISMA 2009.