Mandul? Tingkatkan Kandungan Sperma Menggunakan Teknik yang Berkesan ini!

Setiap orang di bilik ini adalah separuh kelakian berbanding bapanya dahulu.

Louis Guillete pHD seorang pengkaji daripada Universiti Florida memulakan bicaranya di komiti kongres. Beliau tidak mereka-reka cerita. Ia adalah benar dan terdapat kajian terperinci mengenainya.

Anda tahu apa yang saya maksudkan?

Bilangan sperma yang dihasilkan lelaki di Amerika Syarikat dan 20 lagi negara membangun yang lain semakin menurun sejak 1942 dan kadar penurunan lebih kurang 1% untuk lelaki yang sihat.

Pada tahun 1940 bilangan purata sperma lelaki di utara Eropah adalah sebanyak 100 juta setiap mililiter dalam setiap ejakulasi. Pada tahun 2008? Bilangan sperma lelaki menjadi sangat rendah sehingga sekadar menyentuh kadar minimum untuk bilangan normal sahaja iaitu 40 juta setiap mililiter. Dan apa yang anda lihat sekarang, kadar pasangan yang tidak mampu mendapat anak semakin meningkat. Lihat sahaja keluarga atau saudara mara terdekat.

Berbanding pada zaman dahulu kandungan sperma bapa-bapa kita dan datuk-datuk kita mempunyai bilangan sperma yg cukup banyak. Tidaklah mengejutkan sekarang kerana disebabkan zaman teknologi yang serba canggih ini generasi kita menjadi sebahagian mangsa teknologi yang menyebabkan kita semakin ‘mandul’. Sukar untuk mendapatkan anak berbanding pada zaman dahulu. ‘On demand’ katanya.

Jika kita lihat, banyak lelaki yang menyalahkan wanita kerana mereka tidak dapat hamilkan anak. Dan mencari jalan lain yang lebih singkat iaitu dengan berkahwin lain. Si isteri pula disebabkan memikirkan itu adalah salah mereka membenarkan hal tersebut untuk sisuami mencari alasan.

Memang tidak dinafikan memang wanita adalah golongan yang mempunyai banyak situasi yang menyebabkan ketidakhamilan seperti tidak dapat menghasilkan ovum, lapisan uterus yang tidak stabil dan sebagainya. Ada juga merancang untuk ‘hold’ dulu, kerana terlibat dengan komitmen kerja atau mungkun mempunyai masalah kewangan. Dan disebabkan itu bila tiba masa untuk mendapatkan anak, anda hampa.

Bila kita lihat di filem-filem drama-drama, mereka hanya memandang dari satu sudut sahaja. Anda ingat sekiranya anda mampu menghasilkan ejakulasi sahaja anda sudah mampu melahirkan anak? Bagaimana pula dengan kuantitinya dan yang paling penting kualitinya?

Tidak dinafikan mungkin ini perancangan tuhan untuk kita. Tetapi adakah kita hanya bergantung kepada takdir dan menyalahkan pasangan masing-masing?

Terdapat beberapa teknik yang biasa dibincangkan seperti mempunyai jadual bulan si isteri, melihat kandungan cecair di rahim ataupun melihat suhu. Itu adalah antara beberapa teknik yang dilakukan supaya sperma dapat bertemu dengan ovum pada waktu yang terbaik.

Tetapi sekiranya sperma yang dihasilkan tidak gagah, kacak dan kuat bagaimana pula? Adakah ia menarik minat si ovum untuk bergabung? Kalau sejuta semua tidak kuat, lembik, muka toya sahaja. Adakah si ovum berminat? Bagaimana pula ?

Ini adalah perumpamaan  yang si lelaki memerlukan sperma yang berkualiti dan kuantiti yang diperlukan untuk memelihara kesuburan mereka

Apa caranya?

Anda tidak perlu buat banyak perkara, tak perlu pergi ke bomoh untuk merawat sakit anda. Sekiranya anda telah berjumpa dengan doktor dan keputusan menunjukkan anda normal mungkin perlu menggunakan teknik ini. Tidak mengeluarkan modal sesen pun.

Caranya adalah dengan Off kan telefon bimbit anda.

Semudah itu? Ya semudah itu.

Pada zaman sekarang dunia gadget menjadi kegilaan belia muda remaja. Katakan apa sahaja Iphone, blacberry, HTC, Ipad dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kurangnya sperma yang berkualiti dihasilkan dan menyebabkan kemandulan.

Puncanya, apabila kita meletakkan gadget tersebut di dalam poket, kesan gelombang elektromagnetik akan memberi kesan secara langsung terhadap testis lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan sperma. Suhu yang tinggi yang dihasilkan oleh gadget-gadget juga memberi kesan langsung terhadap testis. Suhu di bahagian kemaluan lelaki adalah lebih rendah dari suhu badan biasa manusia iaitu 32 darjah celcius. Daripada kesan gelombang elektromagnetik tersebut menyebabkan terhasilnya stress oxidase yang membantutkan penghasilan sperma yang berkualiti.

Dan apa yang saya sebutkan di sini berdasarkan oleh banyak kajian- kajian saintifik yang membuktikan penggunaan telefon bimbit yang lama boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan.

Satu kajian dilakukan terhadap tikus albino Winstar yang berumur 10 hingga 12 minggu didedahkan pada radiasi elektro-magnetic frekuensi radio daripada GSM telefon bimbit (0.9-1.8 GHz) selama satu jam setiap hari selama 28 hari. Tikus kawalan pula didedahkan pada telefon bimbit yang tidak mempunyai bateri sama seperti kumpulan eksperimen tikus. Dan hasil kajian menunjukkan peratus sperm aktif menurun dengan ketara pada kumpulan tikus eksperimen. Dan kesimpulannya, gelombang elektromagnetik sememangya memberi kesan pada kesuburan lelaki.

Apa yang perlu anda lakukan adalah Off kan setiap kali anda memasukkan telefon bimbit anda ke dalam poket. Apabila anda memandu, makan, duduk, anda letakkan telefon bimbit tersebut di atas meja dan On kan semula telefon bimbit anda. Itu sahaja dan saya merasakan perkara tersebut tidaklah menyusahkan. Sekiranya terdapat missed call anda boleh telefon rakan anda setelah anda On semula. Rata-rata call yang anda dapat bukanlah sesuatu yang emergency maka anda tidak perlulah risau.

Kadang-kadang perkara kecil itulah yang menghancurkan kita. Hanya dengan sedikit perubahan anda mampu mendapat hidup yang lebih baik.