Bagaimana Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berdiet?

Anda mula melakukan diet. Tetapi disebabkan anda baru lagi berdiet, anda memikirkan cara mudah untuk berdiet adalah mengurangkan waktu makan anda.

Jadi anda pun mulalah kurangkan makan. Tak makan pagi tapi makan tengahari dan tak makan malam.

Sebelum ini anda makan memang banyak. Makan nasi satu pinggan penuh tiga kali sehari. Lepas tuh makan macam-macam snek yang tak sihat.

Tapi bila sampai berdiet anda fikir ini merupakan part yang paling sukar. Nak control makan. Jadi apa yang anda buat adalah tak makan.

Kemudian soalan yang ditanya adalah, bagaimana nak kurangkan rasa lapar bila tak makan? Sebab saya dah biasa makan so bila tak makan macam tak boleh.

Kerap makan.

Pertama sekali, untuk mengurangkan rasa lapar adalah dengan makan dengan lebih kerap. Anda perlu makan 5 kali sehari. 3 makanan utama dan 2 sebagai snek.

Cuma dalam makanan utama anda perlu ambil makanan yang sihat dan bukannya junk food. 3 makanan utama anda perlu ada protein, karbohidrat dan juga serat dari sayuran.

Cuma kuantiti yang anda ambil perlu sederhana. Untuk nasi, anda hanya perlu ambil sebesar penumbuk sahaja. Dan protein pula, sebesar tapak tangan. Dan anda boleh makan sayur sebanyak mungkin yang anda mahu.

Banyak minum air.

Jika anda minum air lapan gelas ataupun dua liter sehari anda mampu mengurangkan rasa lapar kerana anda memenuhi perut anda. Jadi anda mudah terasa kenyang walaupun kuantiti yang anda makan tidak banyak.

Anda boleh minum air sebelum dan selepas anda makan. Dan juga ketika anda melakukan kerja. Pastikan anda bawa juga satu botol besar air ketika anda ingin melakukan workout.

Bila anda sentiasa minum air, anda akan terasa kenyang dengan lebih lama dalam kebanyakan masa.

Dan jika anda memilih buat-buahan yang banyak air anda juga dapat merasa kenyang dengan lebih lama seperti jambu air ataupun tembikai dan epal.

Tinggi serat.

Jika perut anda dikosongkan dengan cepat anda akan mula nak makan lagi sekali untuk memenuhkan perut anda.

Tetapi jika anda mengambil makan tinggi serat, perut anda dikosongkan dengan perlahan kerana penyerapannya ke dalam usus adalah perlahan.

Anda digalakan ambil makanan tinggi serat pada setiap waktu makan anda.

Contoh-contoh fiber adalah seperti oat, roti bijirin, sayur-sayuran atau pun buah-buahan merupakan makanan yang tinggi fiber.

Oat boleh diambil pada waktu pagi dan sayur-sayuran boleh diambil untuk makan tengahari dan malam.

Buah-buahan pula sebagai snek anda.

Tinggi protein

Makanan yang tinggi protein di dalam kajian turut juga memberikan kekenyangan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Makanan yang tinggi protein biasanya mengambil masa yang lama untuk perut kosongkan dan juga untuk penyerapan makanan.

Saya ingin anda ambil 20-30g protein untuk setiap meal yang anda ambil. Pagi, tengahari dan petang.

Selain daripada itu, makanan yang tinggi protein juga adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan juga membakar lemak.

Dan apabila anda melakukan workout, protein yang akan membaiki tisu tersebut dan menjadikan anda lebih berotot dan mempunyai bentuk badan yang menarik.

Ingin Turunkan 5kg dalam 5 Minggu?

Klik link di bawah untuk tahu bagaimana caranya.

Klik di sini