Kronologi Pandemik Jangkitan HIV/AIDS

 

Penyakit berkaitan AIDS telah membunuh lebih 30 juta orang sejak 1981. Jumlah itu sahaja sudah mencecah separuh kematian disebabkan Perang Dunia Kedua.

Daripada Monyet Kepada Manusia

Daripada 1884 hingga 1924, berdekatan di Kinshasha, Afrika seorang pemburu telah membunuh seekor cipanzi. Darah cipanzi tersebut telah masuk ke dalam darah pemburu tersebut. Difahamkan melalui luka pemburu tersebut. Darah tersebut membawa virus yang tidak berbahaya kepada haiwan tersebut tetapi menjadi pembunuh kepada manusia; HIV. Virus tersebut merebak dengan pantas tetapi ketika itu kematian-kematian yang berlaku disangka berpunca dari sebab-sebab penyakit yang lain.

Tahun 1982

Pusat Pengawalan Penyakit (CDC) menggelarkan penyakit tersebut Sindrom Kurang Daya Tahan atau Acquired Immune Deficiency Syndrome ¬†(AIDS). Di Afrika, penyakit ini digelar ‘slim disease’ kerana ramai pesakit AIDS adalah sangat kurus dan cengkung. Pada masa itu, AIDS biasa ada pada individu yang mempunyai penyakit haemophilia. Saintis yakin penyakit ini merebak disebabkan oleh agen jangkitan yang berada dalam darah.

Tahun 1983

CDC memberi amaran bahawa AIDS boleh merebak melalui hubungan seks heteroseksual dan juga daripada ibu kepada anak.

Pada masa ini pesakit-pesakit yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat AIDS tidak dibenarkan untuk menderma darah.

Jangkitan melalui hubungan heteroseksual di Afrika dipastikan.

Pada masa ini masyarakat menyangkakan penyakit ini tersebar dari rumah. Di New York,  tuan tanah mula mengusir pesakit AIDS.

Pada tahun ini juga penyelidik Institut Pasteur, Luc Montagnier dan Francoise Barre-Sinoussi mengasingkan virus daripada nodus limfa yang bengkak daripada pesakit AIDS. Tidak sehingga 1986, masyarakat baru bersetuju memanggil virus tersebut HIV; Human Immunodeficiency Virus.

Tahun 1988

Hari AIDS Sedunia dilancarkan pada 1 Disember.

Tahun 1989

Saintis mendapati sebelum simptom AIDS, HIV mengalami replikasi dengan pantas di dalam darah. Dan pada masa itu tujuannya adalah untuk memastikan HIV berada dalam paras rendah.

Tahun 1993

CDC melancarkan iklan kondom di televisyen.

Tahun 1996-1997

Rawatan penyakit AIDS, highly active anti-retroviral therapy atau HAART mampu memotong virus-virus kepada paras yang tidak dapat dikenal pasti. Harapan terhadap AIDS menjadi memuncak apabila penyelidik AIDS David Ho Md, menyatakan rawatan ini mampu menyingkirkan HIV daripada tubuh badan. Sebaliknya, kenyataannya adalah salah. Kemudiannya, kajian mendapati HIV tersembunyi dan kekal senyap di dalam sel. Walaubagaimana pun kematian di US disebabkan AIDS berkurangan sebanyak 40%

Tahun 1998-2000

Masyarakat mula menyedari rawatan HAART mempunyai kesan sampingan yang teruk. Kegagalan rawatan itu memerlukan ubat yang lebih kuat untuk menentang virus HIV. FDA meluluskan kelas ubat yang merawat AIDS dengan lebih selamat, mudah dan lebih efektif. Walaubagaimanapun, ubat tersebut tetap tidak dapat merawat AIDS secara menyeluruh.

Tahun 2001-2002

Setiausaha PBB, General Koffi Annan mencadangkan Derma Global untuk melawan HIV/AIDS, TB dan Malaria. Tujuan Derma Global adalah untuk memastikan segala rawatan, sistem dapat ditingkatkan untuk melawan HIV/AIDS

Rawatan masih lagi tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada majoriti yang hidup dengan HIV positif. Hanya 1% sahaja daripada 4.1 juta rakyat Sub-Sahara Afrika yang mempunyai HIV positif menerima rawatan anti-HIV.

AIDS menjadi pembunuh utama seluruh dunia berusia 15 hingga 59 tahun.

Tahun 2006-2007

UNAIDS mencadangkan berkhatan adalah antara cara yang terbaik mengurangkan jangkitan HIV baik lelaki mahupun wanita di tempat yang tempat yang tinggi kes. Ia dapat mengurangkan separuh jangkitan HIV tersebut.

Tahun 2008

Jangkitan HIV antara lelaki dan lelaki atau yang melakukan homoseksual menjadi semakin bertambah dengan pantas.

Apa fikiran anda sekiranya Seksualiti Merdeka diiktiraf? Kadar jangkitan HIV akan menjadi semakin tidak terkawal sekiranya budaya barat ini dihalalkan.

Tahun 2009

UNAIDS memberikan statistik, penyebaran secara global penyakit AIDS berada di puncak pada tahun 1996 iaitu sebanya 3.5 juta jangkitan baru HIV. Kematian memuncak pada tahun 2004 sebanyak 22 juta. Dan pada tahun 2009 jangkitan masih tidak memuaskan. 2.7 juta jangkitan baru HIV dan 2 juta pesakit AIDS. Separuh daripadanya tidak mendapatkan rawatan.

Harapan Esok

Penyelidik telah menemui antibodi-antibodi yang mampu menentang virus HIV. Dengan penemuan ini mari kita berharap supaya vaksin dapat diwujudkan sebagai pelindung jangka panjang. Terdapat satu antibodi PGT 128 menunjukkan satu tindak balas yang poten terhadap HIV. Ia dapat mencegah 70% virus daripada sel-sel daripada mengalami jangkitan dalam kajian makmal.