Kopi Merendahkan Risiko Kanser Kelenjar Prostat

Kajian baru menunjukkan lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat.

 

“Setelah melihat semua data pada pesakit kanser prostat. Lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang 20% lebih rendah daripada lelaki yang tidak kerap minum kopi setelah tindakan susulan dilakukan” kata pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH profesor madya dalam bidang epidemiologi di Harvard School of Public Health.

20% kurang risiko adalah di kalangan lelaki yang minum kopi sebanyak 6 cawan sehari berbanding lelaki yang tidak minum kopi dalam sehari.

Kopi menjadi pelindung ketara kepada kanser prostat yang boleh membawa kepada kematian. Di kalangan lelaki yang meminum kopi 3 cawan sehari risiko kanser prostat yang membunuh berkurang 29% dibandingkan dengan bukan peminum kopi. Dan lelaki yang minum 6 cawan atau lebih sehari, peratus risiko untuk mendapat kanser prostat berkurang sebanyak 60%.

Dan apa yang mengejutkan, bahan kafein di dalam kopi bukanlah yang menyebabkan risiko kanser prostat itu menurun.

Kajian ini diterbitkan secara online di Journal of the National Cancer Institute.

Kajian lain juga menunjukkan kopi bukan sahaja mengurangkan risiko kanser prostat, tetapi juga penyakit diabetes jenis 2, parkinson, batu hempedu dan juga kanser hati.

Profesor Madya Muci dan rakan-rakannya melakukan kajian susulan terhadap 47,911 menyertai kajian ini.

Dari tahun 1986 hingga tahun 2006, seramai 5,035 lelaki telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat. Ini termasuk seramai 642 orang lelaki yang telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat tahap akhir.

Mereka melihat terdapat perkaitan antara kopi dan juga kanser prostat. Mereka juga melibatkan faktor risiko lain seperti obesiti dan juga merokok.

“Kami masih lagi tidak pasti apakah mekanisma yang melibatkan kopi dan juga kanser prostate” kata profesor Madya Mucci pada WebMd.

Ia mungkin disebabkan terdapat bahan yang mengawal rembesan hormon insulin, hormon yang bertanggungjawab mengawal kandungan gula di dalam darah. Kadar insulin yang tinggi dalam darah antara kajian awal punca penyebab kepada kanser prostat.

Walaubagaimanapun pendapat ini masih terlalu awal untuk  untuk memberitahu mereka yang kopi ini boleh merendahkan risiko kanser prostat.
Kajian demi kajian harus dilakukan untuk melihat kelebihan kopi ini terhadap manusia. Sekiranya kita dahulu mengatakan kopi ini banyak keburukan. Kemungkinan kajian ini memberi sedikit impak yang berbeza terhadap pandangan tersebut.

Mungkin anda perlu mempertimbangkan semula pandangan anda terhadap kopi ini 🙂