Kemboja Baik Untuk Bengkak Badan

Pokok Kemboja atau nama saintifiknya Plumeria Acuminata adalah salah satu herba yang begitu berkhasiat untuk mengubati bengkak-bengkak badan. Cara rawatannya ialah dengan menggunakan kulit pokok kemboja. Ia dilakukan dengan mencantas sedikit dahan pokok kemboja dan mengambil secekak kulitnya untuk ditumbuk halus.

Kulit pokok yang ditumbuk halus itu kemudian direbus sehingga airnya menggelegak. Apabila air rebusan kulit itu menjadi suam, rendamkan kaki, tangan dan bahagian-bahagian lain anggota badan ke dalamnya. Lakukan proses ini sehingga bengkak itu sembuh.

Bagi daun kemboja yang muda pula yang telah dilayur di atas api dan disapukan sedikit minyak kelapa juga boleh mengubati bisul. Caranya ialah dengan melekapkan di sekeliling bisul dan ulang kaedah tersebut beberapa kali dalam sehari sehingga bisul itu pecah.

Getahnya juga boleh mengubati bisul. Caranya, getah itu disapukan disekeliling bisul dan apabila kering, ia akan mencengkam kulit dan ini akan mempercepatkan bisul itu untuk pecah.