Jumlah Tidur dan Hormon Seks Lelaki

Satu kajian telah mengaitkan tahap hormon testosteron boleh dipengaruhi oleh tahap tidur seseorang. Semakin seseorang itu berusia, semakin rendah taraf hormon testosteron, dan disebabkan hal tersebut, ia akan menyebabkan kurang nafsu seks dan juga tenaga.

Walaubagaimanapun, terdapat juga lelaki yang mampu mengekalkan tahap hormon testosteron yang biasa dilihat pada lelaki yang lebih muda. Dan pengkaji mengaitkan, tidur mungkin memainkan peranan dalam hal ini.

Hasil keputusan kajian tersebut, meningkatkan kemungkinan lelaki yang berusia yang tidak cukup tidur di waktu malam mempunyai tahap hormon testosteron yang lebih rendah daripada biasa.

Kurang Tidur, Kurang Testosteron

Kajian telah dilakukan dengan mengukur tahap testosteron di waktu pagi ke atas 12 lelaki sihat yang mempunyai lingkungan umur 64 hingga 74. Tidur mereka juga diperiksa sepanjang satu minggu eksperimen.

Keputusan menunjukkan jumlah tidur mempunyai kaitan yang signifikan dengan jumlah testosteron di waktu pagi. Semakin banyak waktu lelaki tidur semakin tinggi tahap hormon testosteron dan juga sebaliknya.

Walaupun penemuan menunjukkan waktu tidur seseorang individu memainkan peranan yang besar dalam perubahan hormon tetapi kajian yang seterusnya haruslah dijalankan dengan lebih mendalam untuk memastikan kepentingan kestabilan hormon untuk lelaki yang berusia.

Pakar menasihatkan individu mendapatkan tidur yang cukup antara 7 hingga 8 jam sehari untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.