Penyakit Gangguan Perasaan Dwipolar (Bipolar Mood Disorder). Anda Sedarkah?


Diberi peluang untuk menjalankan program elektif di Jabatan Psikiatri di Hospital Seremban benar-benar menambahkan semangat saya untuk menjadi Pakar Psikiatri suatu hari nanti. Program elektif ini adalah berkisarkan penyakit Bipolar Mood Disorder yang mana saya juga pada awalnya tidak tahu langsung mengenainya. Oleh itu, kali ini saya berasa terpanggil untuk menulis info mengenainya.

Latarbelakang

Kebanyakan pesakit dibawa berjumpa doktor adalah kerana aduan menganggu jiran, tindakan agresif dan juga cubaan membunuh diri. Pesakit biasanya akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan jika keluarga mereka sendiri tidak tahu apa untuk dilakukan.

Apa itu Bipolar Disorder?

Bipolar Disorder adalah satu penyakit psikiatri yang melibatkan gangguan perasaan. ‘Bi’ bermaksud ‘dua’ dan ‘pole’ bermaksud kutub. Ini membawa maksud dalam penyakit ini, perasaan seseorang boleh berada dalam dua ‘kutub’ yang berbeza pada tahap yang ekstrem atau keterlaluan. Pesakit boleh menjadi TERLALU MURUNG sehingga ingin membunuh diri atau TERLALU GEMBIRA sehingga sanggup melakukan apa sahaja

Apakah kekerapan penyakit Bipolar Disorder?

Bipolar Disorder dialami oleh 3 hingga 6 peratus dari kalangan lelaki dan perempuan dewasa.

Apakah tanda-tanda Bipolar Disorder?

a) Mania

  • Merasa sangat gembira
  • Banyak melakukan aktiviti lebih dari biasa
  • Sangat bertenaga
  • Kurang keperluan untuk tidur
  • Banyak idea
  • Melakukan perkara yang berisiko seperti memandu laju
  • Berbelanja besar dan menghabiskan wang yang banyak

b) Hypomania

  • Gejala hampir serupa dengan mania tetapi tidak teruk

c) Kemurungan

  • Meraa sangat cedí
  • Tiada minat untuk melakukan perkaa yang biasanya digemari
  • Gangguan tidur
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tumpuan
  • Merasa diri tidak berguna atau merasa bersalah yang keterlaluan
  • Keinginan untuk mati atau membunuh diri

*Di antara episod-episod di atas, pengidap bipolar boleh kembali normal. Walaubagaimanapun, episod tersebut boleh berulang (‘relapse’)

Apakah rawatan untuk Bipolar Disorder?

  • Pesakit memerlukan rawatan untuk menstabilkan perasaan mereka. Rawatan ini dipanggil ‘mood stabilizer’ atau ‘penstabil perasaan’.
  • Contoh ubat yang digunakan ialah : Lithium, Sodium Valproate, Carbamazepine dan Lamotrigine
  • Pesakit juga boleh dirawat dengan ubat antipsikotik terutamanya untuk episod mania. Antikemurungan mungkin diperlukan semasa episod kemurungan

*Walaupun pesakit telah kembali normal, adalah amat pentin meneruskan rawatan ‘penstabil perasaan’ dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor untuk memastikan episod mania atau kemurungan tidak mudah berulang

Apakah nasihat penting untuk pesakit Bipolar Disorder?

  • Amalkan tidur yang teratur
  • Amalkan aktiviti harian yang tetap
  • Elakkan daripada dadah dan alkohol
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan
  • Tangani tekanan dalam hidup
  • Kenal pasti tanda-tanda awal relapse seperti perumahan awal lepada perasaan, bidur, tenaga, semangat dan keyakinan. Selalunya perumahan bidur adalah gejala yang mudah dikenalpasti

Nurul Hakimah Khairir merupakan pelajar perubatan tahun 4 di Universiti Malaya.