Pokok Dukung Anak Rawat Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Ilmu perubatan tradisional menawarkan berbagai kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi. Salah satu daripada kaedah tersebut ialah dengan menggunakan pokok dukung anak, iaitu sejenis tumbuhan liar yang boleh ditemui di kawasan terbiar, di tepi jalan atau parit.

Semua bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kaedah yang sama juga berkesan untuk mengubati cirit-birit. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis dengan kerap selama beberapa hari sehingga sembuh.

Pokok dukung anak juga dikenali sebagai amin buah atau keman jolok yang dikatakan mujarab untuk mengubati demam kuning yang kerap dialami oleh bayi-bayi yang baru lahir.

Pokok itu dimasak degan sedikit susu kambing dan diberi minum kepada bayi. Kaedah yang sama juga dikatakan berkhasiat untuk merawat penyakit hepatitis. Amalkan pada setiap hari selama beberapa bulan dan lihatlah keadaannya.

PERINGATAN: Perubatan menggunakan dukung anak tidak sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit batu karang.