DrHidayat Podcast 001: Selamat Datang ke Podcast DrHidayat

Setelah sekian lama ingin melakukan podcast akhirnya dapat jugak saya lakukan. Sebelum ini saya menerima banyak soalan tentang masalah-masalah bagaimana untuk menurunkan berat badan melalui email apabila saya menghantar newsletter. Saya membaca soalan-soalan tersebut tetapi tak dapat nak memberi jawapan untuk setiap satu soalan-soalan yang diberikan pembaca. Maka lahirlah Podcast DrHidayat untuk menjawab segala persoalan mengenai diet dan juga senaman. Apa-apa soalan yang berkaitan.

Podcast ini tidak membicarakan tentang penyakit-penyakit bermakna soalan-soalan tentang penyakit tidak akan saya jawab. Mungkin saya akan memberi tips-tips kesihatan tetapi bukan berkaitan kepada penyakit. Walaupun saya seorang doktor, adalah lebih baik anda mendapat konsultasi dari doktor di hospital sendiri.

[soundcloud url=”https://api.soundcloud.com/tracks/194494931″ params=”auto_play=false&hide_related=false&show_comments=true&show_user=true&show_reposts=false&visual=false” width=”100%” height=”200″ iframe=”true” /]