146821-425x278-Low-Carbohydrate

Diet Rendah Karbohidrat Mengurangkan Sawan

 

Kajian telah membuktikan bahawa diet rendah karbohidrat dan tinggi lemak mampu mengurangkan atau mengelakkan sawan. Pengkaji-pengkaji dari Institut Kanser University Harvard, telah mengenalpasti bagaimana mekanisma tersebut berlaku.

Beliau mengatakan rintangan terhadap sawan ini dihasilkan oleh protein yang mengubahsuai metabolisma sel di dalam otak. Apabila pengambilan gula dikurangkan di dalam pemakanan, ia akan memaksa otak untuk mencari sumber tenaga lain iaitu lemak dan penggunaan lemak sebagai tenaga akan menghasilkan bahan keton.

Sebenarnya rawatan sawan dengan diet rendah karbohidrat sudah dilaksanakan hampir seabad yang lalu cuma kali ini sains disebalik diet rendah karbohidrat dan penyakit sawan baru sahaja dibuktikan.

Di Amerika, berdasarkan Yayasan Epilepsi, terdapat 3 juta yang mengalami epilepsi atau sawan maka isu ini tidak boleh dipandang ringan.

Menggunakan tikus yang mempunyai epilepsi, saintis mengubahsuai sejenis protein dan menggunakannya untuk menggalakkan penghasilan keton dan merendahkan tahap glukos. Hasilnya serangan sawan tikus tersebut menjadi semakin menurun tetapi tidak pada tikus yang secara genetiknya tidak mempunyai protein tersebut.

Ia diibaratkan seperti menukar minyak kereta daripada diesel kepada Unleaded. Menggunakan tenaga dari sumber yang berbeza di dalam sel membantu sel neuron menghasilkan impuls ke tempat yang betul.