Bagaimana Untuk Mencari Masa Melakukan Diet dan Senaman?

Hari ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang telah diemailkan kepada saya.

Soalan pertama adalah saya tidak mempunyi masa untuk melakukan senaman atau pun berdiet.  So, bagaimana saya ingin menurunkan berat badan?

Saya bekerja daripada pukul lapan hingga ke pukul enam, saya perlu mangambil anak di sekolah kemudian saya perlu menyusukan mereka. Golongan-golongan emak yang biasa memberikan jawapan begini kerana mereka bekerja dan at the same time mereka mempunyai anak.

Jadi, mereka menyatakan mereka tidak ada masa untuk melakukan senaman. Mengapa begitu? Untuk keadaan begini biasanya adalah disebabkan kita tidak meletakkan menurunkan berat badan sebagai prioriti yang utama.  Anda hanya mempunyai keinginan tetapi tidak mempunyai semangat untuk menurunkan berat badan.

Itulah antara punca mengapa anda tidak bersenam pada hari tersebut, ataupun anda tidak melakukan diet. Jika anda betul-betul berazam ingin menurunkan berat badan anda akan menjadikan ia sebagai prioriti utama dalam kerja harian anda.

TM_matrix

4 Bahagian Menentukan Prioriti

Jadi, apakah prioriti yang anda perlu buat. Jika anda pernah membaca buku stephen covey tedapat empat bahagian dalam menentukan prioriti.

  1. Pertama adalah penting dan segera, bermakna kerja tersebut penting dan perlu segera dilakukan.
  2. Kedua adalah penting tetapi tidak segera.
  3. Ketiga adalah tidak penting tetapi segera.
  4. Keempat tidak penting dan tidak segera.

Penting dan Segera

Contoh penting dan segera adalah anda perlu menyiapkan task-task yang contohnya jika anda seorang student atau jika anda seorang pekerja anda perlu menyiapkan kerja anda pada masa yang ditetapkan. Anda makan gaji ataupun mungkin anda student anda perlu menghantar research ataupun proposal ataupun task yang perlu dihantar kepada pengurus ataupun pensyarah.

Penting Tetapi Tidak Segera

Bermakna ia adalah perkara yang anda ingin lakukan tetapi tidak memerlukan anda untuk membuat sekarang. Jadi apa yang kita ingin buat adalah termasuk di dalam kategori ini. Sebenarnya kategori inilah yang perlu kita utamakan di dalam hidup kita.

Ketiga adalah contoh tidak penting tetapi segera seperti menjawab telifon. Contoh keempat untuk tidak penting dan tidak segera seperti anda melayari facebook, berchatting, membuang masa.

Apakah Prioriti Anda?

Jadi anda perlu meletakkan prioriti tersebut di dalam hidup anda. Jadi anda perlu meletakkan bahagian nombor dua itu sebagai prioriti utama supaya anda tahu apa yang anda ingin capai dalam hidup.

Penting tetapi tidak segeraStephen Covey

Walaupun kerja anda itu penting tetapi jangan letakkan ia sebagai prioriti utama dalam hidup anda. Let say, contohnya saya adalah orang yang betul-betul orang yang ingin menjaga kesihatan dari segi pemakanan dan senaman.

Jadi pagi-pagi walaupun saya bekerja sebagai doktor, saya perlu melakukan kerja, saya perlu menyiapkan arahan-arahan yang diberikan pada pegawai perubatan kepada saya

Tetapi untuk benda itu di dalam diri saya bukanlah merupakan kepentingan yang paling utama. Pada saya kepentingan paling utama adalah diri saya sendiri.

Keutamaan Fizikal, Mental dan Spiritual

Saya sihat mentally, physically dan juga spiritually. Jadi, bila saya ingin mengutamakan diri sendiri di dalam kehidupan. Saya pecahkan kepada tiga yang saya telah sebut.

Kemudian saya lakukan benda tersebut pada waktu pagi. Saya mulakan semua benda-benda tersebut pada waktu pagi. Contohnya, jika saya merasakan diet pemakanan betul adalah sangat penting di dalam hidup saya. Jadi pada waktu pagi saya make sure makanan yang betul ada sebelum saya pergi ke kerja.

Jika saya merasakan senaman itu adalah perkara yang sangat penting di dalam hidup saya. Saya akan pastikan lepas saya pulang dari kerja saya akan terus pergi ke gym untuk saya melakukan senaman.

Saya akan jadikan ia sebagai rutin harian.

Bermakna apa yang saya ingin capai di dalam hidup ini saya akan melakukannya setiap hari. Sebagai contoh saya menghasilkan artikel ini kerana saya rasa adalah perlu untuk saya mengajar anda semua tentang cara pemakanan yang betul, tentang cara pemakanan yang betul.

Jadi saya ingin menolong anda semua yang di luar sana bagaimana untuk menurunkan berat badan. Itu adalah matlamat saya kerana saya tahu sepanjang masa saya telah berkerja sebagai doktor saya telah melihat terlalu banyak kes-kes jantung, buah pinggng dan darah tinggi yang menyebabkan kematian.

Dan Yang paling common adalah jantung.

Prioriti Utama Saya

Jadi anda perlu bermula daripada awal. Iaitu dengan cara mengambil pemakanan yang sihat dan juga melakukan senaman. Jadi itu matlamat saya. Jadi saya melakukan podcast ini setiap hari untuk saya memenuhi kepentingan hidup saya.

Prioriti utama saya. Jadi saya lakukan benda ini setiap hari. Jika anda rasa anda meletakkan sesuatu perkara itu sebagai prioriti utama di dalam diri anda. Benda tersebut tidak akan menjadi masaalah.

Benda hanya akan menjadi masalah jika anda tidak meletakkannya sebagai prioriti utama. Anda hanya letakkan menurunkan berat badan di prioriti yang kelima (contoh) List pertama dan kedua tersebut adalah kerja-kerja anda.

Bila anda tidak mempunyai semangat ataupun keazaman dan anda tidak meletakkannya sebagai prioriti utama ia tidak akan berlaku. Sebab itulah anda lihat anda perasan anda tidak mempunyai masa walaupun anda ingin lakukannya. Jika anda ingin melakukannya anda akan mencari masa.

Rutin Harian Pagi

Seperti saya, saya sudahpun mempunyai isteri dan seorang anak. Jadi apa yang saya perlu lakukan untuk make sure apa yang saya ingin lakukan itu dapat diseimbangkan dengan apa yang sepatutnya saya lakukan.  Pada waktu pagi saya akan make sure makanan yang dipilih adalah sihat.

Saya tahu sarapan yang sihat pada waktu pagi adalah sangat penting untuk keseluruh harian kerja saya. Saya dapat bekerja dalam keadaan body yang optimum. Saya mempunyai tenaga yang optimum pada waktu pagi.

Pada waktu pagi saya minum shake. Minuman protein supplemen daripada  Forever Living. Saya campurkan dengan pisang dan juga susu. Ia sebagai makanan utama saya sebelum saya pergi kerja.

Anda pun perlu melakukan begitu sekiranya anda merasakan menurunkan berat badan adalah prioriti utama di dalam hidup anda. Jadi itu adalah jawapan berkenaan bagaimana untuk anda mencari masa untuk menurunkan berat badan.

Sama ada dengan diet ataupun senaman.

Adakah anda tahu jogging sudah tidak relevan lagi?

Klik di bawah dan saya akan bagi tahu anda kenapa.

Klik di Sini