Kenapa Berat Bertambah Mendadak Selepas Berdiet?

Pernah tak anda mengalami satu situasi dimana apabila anda berdiet dan berjaya mengurangkan berat badan dengan banyak iaitu 5 hingga ke 10 kilo dalam satu-satu masa dan apabila anda  tidak berdiet tiba-tiba berat mereka naik secara mendadak.

Mengapa?

Contoh lain adalah, sangat susah untuk menurunkan berat badan atau pun apabila menurunkan berat, badan naik dua hingga tiga kali ganda dari berat yang biasa. Apakah sebab-sebab yang menyebabkan hal-hal tersebut?

Lebihan Kalori

Apa yang saya lihat adalah yang pertama sekali adalah disebabkan nilai kalori yang anda ambil adalah berlebihan daripada kadar metabolisma anda.

Jika anda mempunyai kadar metabolisma sebagai contoh 1500 hingga 1600 apabila anda mengurangkan nilai kalori anda kepada 1300 hingga ke 1400 kilo kalori, anda berjaya menurunkan berat badan.

Tetapi disebabkan anda hanya mengambil 1300 hingga 1400 kilo kalori pada masa yang lama. Apabila anda tidak berdiet anda mula akan mengambil 1500 hingga 1600 kilo cal.

Jadi apabila nilai kalori anda berlebihan daripada nilai kadar metabolisma anda. Ini menyebabkan anda bertambah berat badan.

Apabila anda menurunkan berat badan anda perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan kadar metabolisma. Jika tidak nilai kadar metabolisma anda tetap akan sama dan lebih buruk lagi ianya akan turun.

Diet Yang Salah

Sebab kedua, perkara ini akan bertambah teruk apabila anda melakukan diet yang salah. Bermakna jika anda melakukan diet seperti berlapar atau tidak makan makanan langsung.

Let say anda biasanya makan tiga hingga empat kali sehari tetapi disebabkan anda ingin berdiet anda mengurangkan pengambilan makanan anda sehingga satu atau dua kali.

Ada yang paling teruk sekali sahaja sehari. Lepas tu banyak minum air lah apa lah.

Diet yang tidak betul menyebabkan kadar metabolisma anda semakin menurun dan apabila anda mula makan seperti biasa definitely berat anda akan bertambah secara mendadak.

Disebabkan itu anda perlu tahu cara diet yang berkesan. Bermakna anda perlu mengambil makanan dengan lebih kerap iaitu daripada tiga hingga empat kali sehari dan anda setiap makanan yang anda ambil itu perlu mempunyai nutrisi yang cukup.

Bermakna anda bukan makan junk food. Walaupun junk food mempunyai nilai kalori yang rendah tetapi ia tiada nilai nutrisi langsung di dalam makanan.

Ia tidak memberi kesan kepada badan anda malah ia meningkatkan toksin dan juga pada masa yang akan datang berat badan anda akan bertambah apabila anda tidak melakukan diet.

Disebabkan itu anda perlu melakukan diet yang betul iaitu mengambil makanan dengan lebih kerap dan kuantiti yang lebih sedikit.

Yang terbaik, 3 makanan utama dan 2 makan sampingan (snek) setiap hariDr Hidayat

Setiap pengambilan tersebut mempunyai nutrisi yang cukup. Baru anda boleh mengekalkan kadar metabolisma badan anda.

Berdiet Tetapi Tidak Bersenam

Anda melakukan senaman adalah untuk meningkatkan kadar metabolisma atau dengan kata lain meningkatkan nilai kalori di dalam badan anda.

Jika sebelum ini badan anda mempunyai nilai kalori 1500 dan anda melakukan senaman tiga hingga empat kali seminggu nilai kalori badan anda akan meningkat sehingga 1600 atau 1800.

Jadi apabila anda berdiet anda mengambil nilai kalori makanan sebanyak 1300 hingga 1400.

Ini bermakna anda mampu mengurangkan 200 hingga 400 kilo kalori dalam masa sehari.

Apabila anda tidak melakukan diet dan masih konsisten melakukan senaman kadar metabolisma anda akan meningkat dan kadar pengambilan diet anda kembali kepada diet biasa nilai kalori anda menjadi 1500.

Tetapi disebabkan anda mempunyai senaman sebanyak 3 kali seminggu dan anda melakukan kardio. Nilai kalori badan anda meningkat kepada 1600.

Ini bermakna berat badan anda tidak akan naik kerana 1500 pengambilan diet anda dan 1600 adalah pembakaran kalori anda.

Anda dapat mengurangkan 100 kilo kalori dalam masa sehari. Bermakna dalam masa seminggu anda dapat mengurangkan 700 nilai kalori. Ia mengekalkan berat badan anda instead of menambahkan berat badan.

Disebabkan itulah saya dengar ramai yang ketika muda mereka menjadi athlete.

Tetapi apabila mereka tidak menjadi athlete mereka tidak aktif, definitely kadar metabolisma akan menurun dan apabila kadar metabolisma menurun definitely berat badan mereka akan naik secara obvious.

Sebab itu tiba-tiba kita nampak, eh perut buncit padahal mereka adalah ahli sukan yang aktif pada suatu ketika dulu.

Tidak Konsisten Bersenam

Keempat adalah anda melakukan senaman tetapi apabila anda kurang melakukan senaman contohnya minggu ini buat tetapi minggu depan tak buat, minggu satu lagi pun anda tak buat.

Lepas tu anda baru nak buat balik. Kebanyakannya senaman anda adalah kardio.

Apa yang saya ingin ceritakan di sini, kardio adalah memang satu senaman yang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan dan membakar kalori dalam masa yang singkat.

Tetapi untuk mengekalkan berat badan anda, anda perlu melakukan senaman berat.

Let say pada hari itu anda melakukan senaman kardio pembakaran kalori biasanya akan berlaku pada hari itu sahaja dan pada keesokan harinya pembakaran kalori tidak berlaku. Disebabkan itu anda perlu konsisten melakukan senaman kardio.

Jika anda tidak suka melakukan senaman kardio iaitu sekejap buat sekejap tak buat ia akan menyebabkan berat anda akan naik secara mendadak.

Saranan

Apa yang saya sarankan adalah pada ketika awalnya anda ingin menurunkan berat badan yang signifikan let say 5 hingga 10 kilo sebulan dalam satu-satu masa.

Let say dalam masa yang singkat, sebulan contohnya 5kg. Apabila anda sudah menurunkan berat badan sebanyak 5kg biasanya pada waktu period tersebut anda banyak melakukan kardio dan kemudian apabila anda habis melakukan kritikal period tersebut anda perlu melakukan senaman berat.

Apabila anda meningkatkan jisim otot anda, muscle-muscle diseluruh badan anda ini, biasanya pembakaran kalori akan semakin meningkat.

Disebabkan apa?

Sebab kalori dan tenaga diperlukan untuk mengekalkan jisim otot tersebut. Apabila kita banyak memerlukan tenaga untuk mengekalkan jisim otot tersebu nilai kalori anda akan meningkat.

Seperti yang saya katakan jika sebelum anda melakukan senaman berat nilai kalori anda akan meningkat.

Seperti yang saya katakan jika sebelum anda melakukan senaman berat nilai kalori badan anda 1500 kilo cal.

Tetapi apabila anda melakukan senaman berat nilai kalori anda akan meningkat kepada 1600 atau 1700 kerana ia ingin mengekalkan jisim otot anda.

Sebab itulah senaman berat adalah senaman yang sangat bagus apabila dikombinekan dengan kardio untuk menurunkan berat badan.

Senaman berat dan senaman kardio.

Apabila anda melakukan senaman berat biasanya mengambil masa yang lebih lama dari segi pembakaran kalori berbanding dengan kardio.

Anda dapat membakar walaupun anda tidak bersenam pada hari tersebut kerana jisim otot atau kepadatan otot anda bertambah.

Cara yang terbaik anda dengan melakukan kombinasi senaman berat dan juga senaman cardio.

Toksin

Most of the time ia adalah toksin yang banyak di dalam badan.

Apabila anda mengambil makanan yang tidak berkhasiat anda mengambil KFC, McDonalds, makan pizza, makan nasi lemak, makan nasi goreng dan benda yang berminyak.

Biasanya toksin-toksin tersebut akan berkumpul di dalam badan anda dan menyebabkan tersumbat.

Usus

Nutrien-nutrien tidak dapat masuk melalui usus kerana semuanya telah tersumbat. Jadi nutrien yang penting seperti protien yang diperlukan tak dapat diserap dengan sempurna ke dalam saluran darah.

Apabila toksin tidak disingkirkan makin mudah anda mendapat penyakit. Lagi-lagi apabila sistem imunisasi anda menurun.

Dan tambahan lagi ia akan menyebabkan berat badan anda menjadi lambat untuk turun. Dan seperti biasa berat ‘yoyo’. Turun sekejap tetapi naik mendadak.

Salah satu ‘super food’ terbaik untuk membuang toksin melalui usus adalah Aloe Vera. Anda boleh tonton video di sini jika anda ingin lihat bagaimana Aloe Vera membuang toksin melalui usus anda.

Bagaimana ingin membuang toksin?

Klik di sini bagaimana untuk mengetahui cara membuang toksin dalam badan.

Klik di Sini

Saluran darah

Terdapat banyak kes-kes seseorang yang muda, bertenaga tetapi mendapat serangan jantung. Perkara ini sudah menjadi semakin common. Salah satu sebabnya adalah tinggi kolesterol.

Jadi jangan fikir jika anda tidak gemuk dan selalu bersenam anda mempunyai paras kolesterol yang normal. Jadi saya cadangkan anda untuk periksa paras kolesterol anda supaya anda detect awal-awal.

Tetapi biasanya anda akan lihat kolestrol yang tinggi pada orang yang obese ataupun mempunyai berat yang berlebihan. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Anda perlu mengurangkan kolestrol tersebut supaya perlancaran darah dapat dilakukan dengan sempurna dan segala energi dapat pergi ke seluruh badan. Bermakna ia tidak stuck ke satu-satu tempat.

Dan ia menghindarkan anda mendapat penyakit yang paling sering berlaku di negara kita iaitu serangan jantung.

Cara yang terbaik adalah mengambil makanan yang mampu merendahkan kolesterol. Anda boleh ambil oat. Dan anda boleh mengambil supplemen minyak ikan.

Tetapi tidak semua minyak ikan berkualiti. Anda boleh lihat disini untuk melihat bagaimana menentukan kualiti sesuatu minyak ikan.

Ketahui bagaimana minyak ikan (fish oil) mengurangkan paras kolesterol

Klik link di bawah untuk ketahui bagaimana minyak ikan berkesan menurunkan paras kolesterol.

Klik di sini