8 Pembunuh Ereksi Lelaki

1. Tekanan Perasaan

Minda selalu menjadi zon erogenous yang dilepas pandang. Keseronokan seksual bermula dari minda barulah ke bawah. Tekanan perasaan boleh menekan keinginan anda dan boleh membawa kepada disfungsi erektil. Secara ironiknya, banyak juga ubat-ubat digunakan untuk merawat tekanan perasaan mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan keinginan seks anda berkurangan dan sukar untuk mendapat ereksi.

2. Minuman Alkohol

Minuman alkohol secara berterusan mampu mengganggu proses ereksi anda walaupun kesannya hanya sementara.

3. Ubat-ubatan

Beberapa ubat yang biasa digunakan boleh menyebabkan disfungsi erektil. Antaranya adalah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan juga anti-depresan. Ubat jalanan seperti amphetamins, kokain dan marijuana juga memberikan masalah seksual.

4. Stres

Ia bukanlah mudah untuk mencapai mood seksual sekiranya anda dibebankan dengan pelbagai kerja dan masalah. Stres boleh melibatkan pelbagai sistem badan termasuklah penis anda. Lakukan perubahan dalam hidup anda dengan sentiasa bersenam, mengamalkan teknik relaksasi, cukup tidur dan berjumpa dengan pakar jika perlu.

5. Marah

Kemarahan menyebabkan aliran darah berkumpul di muka anda tetapi tidak ditempat yang anda perlukan untuk seks. Tambahan, bukannya mudah untuk romantik dalam keadaan anda marah. Walaupun anda memendam kemarahan anda ia juga tidak membantu di dalam aktiviti seksual rumah tangga seharian.

6. Gelisah, bimbang dan risau.

Bimbang tidak dapat melakukan aksi terbaik ketika di ranjang sahaja sudah cukup membunuh ereksi anda. Perasaan risau itu hanya membuatkan anda merasa takut dan mula mengelakkan hubungan intim dengan pasangan. Ia tidak hanya melibatkan aktiviti seksual tetapi ia juga boleh mengganggu perhubungan dengan pasangan anda.

7. Obesiti

Obes juga boleh memberi impak terhadap prestasi seksual anda. Bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, ia juga kurang menghasilkan hormon testosteron, hormon seks anda. Obesiti juga boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang lain di mana, arteri yang disalurkan ke penis anda mengeras menyebabkan kurangnya aliran darah ke penis untuk mencapai ereksi.

8. Penyakit

Banyak keadaan penyakit yang memberi kesan kepada otot penis, saraf, aliran darah yang diperlukan untuk mencapai ereksi.

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ereksi

Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan doktor menceritakan perihal kehidupan seksual anda. Tetapi ia adalah cara terbaik untuk merawat masalah tersebut untuk mencapai keintiman dengan pasangan anda. Doktor anda boleh mengenalpasti apakah punca-punca masalah ereksi dan memberikan solusi kepada anda seperti berhenti merokok, minum alkohol dan juga mengurangkan berat badan. Rawatan lain juga dapat diberikan seperti -ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga kaunseling.