3 Jenis Senaman Merawat Gangguan Kebimbangan

Gangguan kebimbangan memberi kesan terhadap berjuta orang termasuk anda dan juga saya. Kadang-kala kita tidak dapat untuk mengelak daripada mengalami gangguan ini. Berdasarkan Persatuan Gangguan Kebimbangan di Amerika, terdapat beberapa jenis terapi yang efektif dan senaman yang mampu mengurangkan simptom kebimbangan. Antara senaman tersebut adalah:

Melakukan Meditasi Secara Berpanduan.

Meditasi dengan panduan memberikan anda panduan skrip untuk anda ikut semasa melakukan meditasi. Anda akan diberi klu visual, galakan dan juga teknik untuk mengawal pernafasan dan mengurangkan tekanan. Meditasti berpanduan ini mampu menyelesaikan masalah kebimbangan dan teknik ini telah terbukti mengurangkan kadar denyutan jantung, membina rasa tenang dan juga memberikan nilai imej yang positif terhadap diri sendiri.

Anda boleh mendapatkan panduan cara meditasi melalui sumber di bawah. Ingat bahawa ketika anda melakukan meditasi, anda hanya memerlukan 5 hingga 10 minit. Apabila anda mudah berasa risau dalam situasi tertentu, cuba lakukan meditasi sebelum situasi tersebut berlaku. Seperti melakukannya sebelum anda dikelilingi oleh satu kumpulan yang besar ataupun anda berseorangan di tempat yang terpencil.

Senaman Pernafasan

Melalui artikel ‘5 Simple Exercise for Managin Anxiety’ oleh Therese J. Borchard, melakukan pernafasan dengan betul mampu membina rasa tenang di dalam diri. Sekiranya anda mula merasa risau atau bimbang, fokuskan diri anda untuk perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas sedalam mungkin. Ia akan mengurangkan tekanan yang wujud dan memberikan rasa ketenangan.

Salah satu cara pernafasan adalah:

  1.  Berdiri dan jarakkan kaki anda sama dengan jarak bahu anda.
  2. Kemudian tarik nafas secara perlahan-lahan sambil mengangkat tangan melebihi aras kepala dengan cara mendepakan tangan.
  3. Hembuskan nafas perlahan-lahan sambil menurunkan tangan sehingga ke paras lutut.
  4. Fokuskan terhadap pernafasan anda dan buang segala pemikiran yang ada.

Senaman Relaksasi

  1. Duduk di satu sudut yang sunyi dan menyamankan. Anda boleh bersila ataupun duduk di atas kerusi.
  2. Pejamkan mata dan bayangkan satu kawasan yang cantik dan mendamaikan seperti di pantai mahupun kawasan lapang yang hijau.
  3. Hadirkan kesemua 5 deria anda dalam bayangan tersebut.
  4. Pada masa yang sama, anda boleh melakukan relaksasi otot. Mula-mula anda menegangkan otot tersebut dan kemudian merehatkan otot yang ditegangkan.
  5. Anda boleh lakukan dari kepala hingga ke kaki. Atau dari kaki hingga ke kepala.

Senaman relaksasi ini juga memudahkan untuk anda tidur sekiranya anda berasa sukar untuk tidur.

Sumber:

  1. 5 Simple Exercises fo Managing Anxiety
  2. Holistic Online- Breathing Exercise
  3. MayoClinic- Relaxation Technique