Perutusan Aidil Adha Pimpinan PSIPUM sesi 2009/10

Salam ukhuwah. Salam pengorbanan. Salam Aidil Adha. Aidil adha merupakan salah satu daripada 2 perayaan besar bagi ummat Islam. Namun, perayaan ini akan hanya menjadi satu rutin atau budaya, seperti perayaan perayaan lain, jika nilai di sebaliknya tidak diamati sebaiknya. Perayaan hanya akan menjadi medan bagi peniaga-peniaga meningkatkan keuntungan dan pasaran mereka. Hanya itu.

Tanda-tanda dan Rawatan Mengatasi Penyakit Taun

  PENYAKIT taun atau kolera merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria (kuman), vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak …

Matahari di Sebalik Awan

*Nur Najua Binti Ahmad Zuki* Susahnya untuk melihat rupa matahari sejak kebelakangan ni. Pertukaran cuaca ke musim monsun hanya membolehkan manusia melihat pantulan cahaya matahari secara samar-samar. Tapi jasad matahari yang berbentuk sfera itu tak dapat dikesan dengan mata kasar yang lemah. Mungkin inilah yang terjadi kepada ahli-ahli PSIPUM sekarang. Aku suka untuk memberi respon kepada tulisan admin tentang ‘PSIPUM …

PSIPUM Sudah Tidak Ada Pelapis?

“Budak budak first tahun ni, cam tak minat je nak join PSIPUM.” Kata seorang pelajar(nama, jurusan, dan tahun dirahsiakan) yang amat risau akan status PSIPUM yang seperti agak tidak dipeduli sekarang ini. Lainnya Fakulti Perubatan berbanding fakulti lain ialah semangat kebersamaan yang ada di kalangan mahasiswanya. Semuanya akan bekerjasama membantu antara satu sama lain. Sebab itulah diwujudkan sistem “buddy” oleh …