11 Soalan yang Sering Ditanya Mengenai Pandemik Influenza


1. Apakah pandemik influenza?
Wabak penyakit influenza yang berlaku di seluruh dunia akibat dari jangkitan virus influenza baru (novel virus)

2. Apakah gejala yang dialami jika saya terkena penyakit influenza?

  • Demam kuat melebihi 38 C
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • letih dan lesu
  • sakit-sakit badan
  • batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal

Anda juga boleh mengalami

  • radang mata conjunctivitis
  • cirit birit
  • sesak nafas

3. Bagaimana manusia boleh mendapat jangkitan? Saya nak tau.
Jangkitan tersebar melalui titisan cecair daripada saluran pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa bersin, batuk, atau bercakap pada jarak yang dekat (3 kaki atau 1 meter atau bersentuhan dengan permukaan/ objek yang tercemar.

4. Apakah langkah-langkah pencegahan pandemik influenza? Saya nak lindung diri saya.

  • Elakkan berhubung rapat dengan pesakit tanpa alat perlindungan diri; seperti penutup mulut dan hidung (mask)
  • Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan cara hidup sihat
  • Mendapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala atau tanda influenza

5. Apakah rawatan untuk penyakit influenza?
Rawatan adalah secara simptomatik. beberapa antiviral boleh membantu jika diberi pada peringkat awal. Walaubagaimanapun keberkesanannya masih belum diketahui.

6. Adakah vaksin berkesan untuk mencegah pandemik influenza?
TIDAK! Vaksin yang ada di pasaran sekarang tidak memberi perlindungan terhadap pandemik influenza.

7. Adakah selamat untuk melawat negara-negara lain semasa pandemik influenza?
ELAKKAN! Jika perlu dapatkan nasihat daripada Kementeria Kesihatan terlebih dahulu sebelum sebarang perjalanan dilakukan.

8. Apa beza  INFLUENZA, AVIAN INFLUENZA dan PANDEMIK INFLUENZA?
Influenza adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat dari jangkitan virus influenza A atau B atau C, yang menyerang saluran pernafasan manusia. Jangkitan dari seorang manusia kepada manusia lain berlaku melalaui titisan cecair dari saluran pernafasan pesakit semasa batuk/bersin/bercakap. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia tetapi paling ketara dan teruk di negara berhawa serhana terutamanya di musim sejuk, sehingga ia dipanggil penyakit influenza bermusim (seasonal flu).

Avian influenza atau selesema burung pula merupakan jangkitan virus influenza pada unggas. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menjangkiti manusia. Virus tersebut adalah dari jenis Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI).  Jika berlaku, pesakit akan mengalami gejala yang teruk dan mungkin mati.

Virus selesema burung (avian influenza) ini boleh mengalami perubahan genetik dengan cepat dan muncul sebagai virus jelmaan baru (novel virus). Virus jenis tersebut boleh menyerang manusia dan merebak darpada manusia kepada manusia dengan cepat sehingga mengakibatkan wabak di seluruh dunia. Ini dikatakan sebagai Pandemik Influenza.

9. Dekat mana saya boleh dapatkan rawatan?
Sekiranya anda mengalami gejala seperti di bawah, segeralah ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan.

10. Apa yang perlu dilakukan sekiranya saya dijangkiti?

  • Gunakan penutup hidung dan mulut atau sapu tangan
  • Maklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut ATAU terus ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan. JANGAN guna kenderaan awam.
  • Kurangkan bersentuhan dan bergaul rapat dengan orang lain.

11. Adakah jangkitan ini boleh membawa maut?
Risiko kematian adalah tinggi jika mengalami komplikasi di kalangan kanak-kanak, warga tua, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lain seperti jangkitan paru-paru dan sakit jantung.